Tazkirah Minggu Ini
Nak Tahu Pasal Sedekah ? Jom Kita Baca
http://rahsiasedekah.com
Ada beberapa rahsia Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah.
Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu
boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa
kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla
kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian
kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni
dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan
dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan
(ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs.
Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan
ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada
jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam
kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah
berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah
sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk
(dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu
dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara
bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi
kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu
dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu
Majah)
Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan,
harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.
Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak
harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba
Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda
menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan
begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi
keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan
betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam
kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut
jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis
Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu
bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah
kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan
memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk
bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan
memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia,
bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan
amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu
dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam
bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan
diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana
terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat
al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta
yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali
ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.
Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha
luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) :
261)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan